MAKLUMAT JABATAN

Pengenalan

Jabatan Pengajian Melayu (JPM) ialah jabatan yang menguruskan hal yang berkaitan bidang Bahasa Melayu, iaitu pendidikan, kurikulum dan kemahiran bahasa Melayu. JPM bermatlamat melahirkan insan guru berilmu, berkemahiran, kreatif, inovatif dan berwawasan, mempunyai pengetahuan yang mendalam tentang ilmu, teori pembelajaran, kurikulum, pentaksiran, pengurusan persekitaran pembelajaran dan sumber pembelajaran yang berkaitan dengan bidang Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu.

Jabatan ini terdiri daripada empat unit, iaitu Unit Pedagogi dan Inovasi, Unit Bahasa Melayu dan Komunikasi,  Unit Kesusasteraan dan Kebudayaan serta Unit Penyelidikan dan Penerbitan. JPM mengendalikan kursus berkaitan bidang bahasa Melayu untuk Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan Dengan Kepujian (PPISMP) dan Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Dengan Kepujian (PISMP). Kursus yang ditawarkan kepada pelajar PPISMP pada tahun 2019 masih lagi meliputi Pengantar Bahasa Melayu, Kesantunan Masyarakat Malaysia dan Bahasa Melayu Kontekstual . Manakala bagi program PISMP, kursus yang ditawarkan pada tahun 2019 ialah Kursus Elektif Teras dan Kursus Elektif Terbuka. Bagi Kursus Elektif Teras, kursus yang ditawarkan ialah Fonetik dan Fonologi, Linguistik Terapan, Kesusasteraan Melayu, Kajian Kurikulum, Kaedah Pengajaran, Pengajaran Kemahiran Bahasa Melayu, dan Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu Abad ke-21. Bagi Kursus Elektif Terbuka, jabatan ini menawarkan Kursus Bahasa Melayu Lestari dan Pengucapan Awam.

Fungsi

  • Melaksanakan kurikulum Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda (PPISMP) Pendidikan Rendah dan Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) Pendidikan Rendah.
  • Mengendalikan kursus berkaitan Bahasa Melayu Komunikasi dan Bahasa Melayu Tinggi.
  • Merancang dan melaksanakan aktiviti bagi program Memartabatkan Bahasa Melayu (MBM).
  • Memberi khidmat nasihat bahasa kepada institut, majlis-majlis rasmi institut, individu, jawatankuasa pengurusan institut dan aktiviti yang melibatkan kebahasaan, kesusasteraan, dan kebudayaan Melayu apabila diperlukan di dalam dan luar institut.
  • Membantu, membimbing dan melatih para pelajar dalam sebarang aktiviti kebahasaan melalui Kelab Seni Bahasa.
  • Merancang dan melaksanakan sebarang aktiviti kebahasaan seperti Sambutan Bulan Bahasa Kebangsaan, Program Pidato Santai, Pertandingan debat dan sebagainya.
  • Melaksanakan aktiviti dan program IPGM dan KPM yang berkaitan bidang bahasa Melayu dengan sistematik dan berkesan.